Tuesday, 19 April 2011

Tudung oh tudung





"Apsal nak pakai tudung-tudung ni?Rimas la.Panas tau.I tak tahan panas," kata Rina

"I pulak suka rambut yang trendy,kalau pakai tudung tak nampaklah rambut I yang cantik ni,baru jer I rebonding tadi,"sampuk Mimi.

"Ye lah,yang penting hati,hari ni ramai yang pakai tudung tapi hati hitam berkarat,"kata Mira pula sambil disambut deraian ketawa mengilai secara berjemaah gadis-gadis itu.

Hai,bijak sungguh anak-anak gadis metropolitan sekarang ek.Mari kita muhasabah gadis-gadis bijak pandai ni satu persatu.

Wahai cik Rina yang bijak bistari,apa you cakap tadi?

Rina:Apesal nak pakai tudung-tudung ni?Ingat I ni buah cempedak ke?Rimas tau tak?Panasss...panass...I tak tahan panassssss!

Jawab:Ketahuilah Cik Rina bahawa api kat neraka tu lagiiii lah berkali-kali-kali-kali ganda panasssss nyer.Nak panas sekarang yang sekejap ni atau nak panasss selama-lamanya?Firman Allah:

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.

(An-Nuur:ayat 31)  


Kat neraka nanti memang panas giler.Kalau dah selamat sampai kat sana jangan haraplah nak bodek Allah buat-buat kelam-kabut pakai tudung.Sarung satu badan dengan kain guni pun dah tak layan dah.So lebih baik anda pakai tudung kat dunia ni.Siap boleh pilih macam-macam fesyen.Tapi yang ikut syariatlah.

Ohoiii cik Mimi,repeat balik apa you cakap tadi,tak dengarlah.

Mimi:Rambut I ni ha,dah lawa-lawa camni kena sarung pulak.Tak nampaklah keanggunan I,lagipun I nak dye kan rambut ni jadi blonde.Dah pakai tudung,tak nampaklah hasil usaha I selama ni.

Jawab:Cik Mimi boleh berambut yang trendy,takde masalah tapi kat hubby la ek.Allah dan Rasul-Nya dah perintahkan pakai tudung Cik Mimi,kenalah pakai tudung ye.Boleh?


Cik Mira mana nak pegi tu,nak dengar apa yang you cakap tadi?

Mira:err...ala...yang penting hati,kalau bertudung tapi hati busuk tak guna jugak.Saya ikut fatwa Sister In Islam dan Astora Jabat.Hati yang kena tudung bukan kepala.Boleh ke camtu.Saya bab agama kureng siket.

Jawab:Wow...camne pulak rupanya hati kena tudung tu.Kalau kepala bertudung,Insya Allah hati lambat laun bertudung.Tapi kalau kepala tak nak pakai tudung,macam mana hati nak bertudung sebab hati dah lawan perintah Allah,tak suka dengan perintah Allah.Leh?

Akhir cerita ketiga-tiga gadis di atas pun pakai tudung.Tudung dibeli di kedai Ummahapparel.Manis menawan cakap lu.



Jom!Jom!Pakai tudung!



 













Nak ke taknak?Kalau nak hubungi saya Rizuwan di 017-6125700.

3 comments:

  1. saya pun tak setuju dgn sis tu.merapu.

    saya student uia yg awak ada bg flyer kt saya ari tu.thanks la.apa pun blog yg menarik


    :) syasya

    ReplyDelete
  2. great articles!

    ReplyDelete