Friday, 18 March 2011

TUDUNG




Hari ini saya mahu kongsi tentang satu aksesori yang teramat penting untuk para gadis-gadis muslimah di luar sana.Apa dia?

Tudunglah adik-adik dan kakak-kakak!Tudung bukan sahaja tuntutan syariah yang wajib bagi para wanita Islam,malah tudung menambahkan lagi keanggunan dan keayuan wanita.Tudung bukan sahaja melindungi rambut anda dari pancaran sinar UV,malah melindungi apa jua kecacatan pada kepala mahupun rambut anda.Tudung secara psikologinya menimbulkan perasaan ingin tahu lelaki yang memandang wanita yang memakainya.Tudung mampu menukar rupa paras wanita mengikut fesyen yang digayakan.Tudung Wardina,Tudung Bawal,Tudung Yuna...macam-macam lagi adik-adik!

Gadis-gadis Muslimah semua!

Sebab itu di dalam agama ada kejayaan.Allah s.w.t sudah letakkan kejayaan dalam memakai tudung.Dengan tudung anda akan nampak lebih kemas dan elegan berbanding 'free hair'.Tahukah adik-adik muslimah semua,berapa juta bakteria dan virus yang menempek di atas rambut anda jika anda tidak memakai tudung,ketika bersiar-siar di luar rumah?Tidak payah testimoni dari saintis atau statistik-statistik yang memeningkan,fikir secara logik ya akak-akak semua.Dengan tudung,anda akan menjadi lebih berketerampilan dan berkeyakinan.Siapa kata bertudung nampak ketinggalan,jumud atau konservatif?Itu kata-kata orang zaman Paleolitik,adik-adik.Jangan terkesan.Apa susah,nak fesyen...kini macam-macam fesyen tudung ada.Nak tudung Erra Fazira ada...tudung Yuna?Ada...ya cik adik?Tudung Bawal?Tudung ikan Jaws tak nak ke?

Pendek kata semua ada untuk memenuhi nafsu adik-adik muslimah yang comel lote ni.Tak de alasan untuk tak bertudung.Peti TV,mesin basuh,meja,peti ais semuanya dipakaikan tudung,yang empunya diri tak nak pula bertudung...kan pelik bin ajaib namanya.

Jadi marilah adik-adik dan kakak-kakak serta makcik-makcik...kita pakai tudung beramai-ramai,secara berjemaah.Cantik pun cantik,kemas pun kemas,takde berambut kejung macam mak-mak datin tu...hodoh bebenor ngupe nye (jangan marah ye mak datin)

Akhir kata majulah tudung untuk kaum hawa supaya Allah suka dan mudah anti-anti semua masuk syurga-Nya...amin....


Pesanan penaja:Belilah tudung kat kedai saya.Ada banyak koleksi tudung yang menarik.Tapi tudung ikan Jaws jangan tanya lah.

Tuesday, 8 March 2011

Stok akan datang!





Price:RM120






Price:RM120





Delivery is available anywhere at Malaysia Peninsular.
Negotiating is available....